Ada Apa Dgn Rahsia Tuhan ?

Feb 02, 2025


Ada Apa Dgn Rahsia Tuhan ?????

Ujian yang dilalui setiap orang berbeza cara, berbeza keadaan, mahupun laluannya. Keadaan yang mereka alami, tidak sama dengan apa yang kita alami. Ya. tak sama.

Kadang, kita rasa dia tak mampu, walhal Allah lebih tahu kemampuannya sebab itu dia diuji sebegitu.

Walaupun kadangkala kita rasakan dia tak perlu buat begitu.. Dia seharusnya buat begini pada pandangan kita.

Tak usahlah kita menjadi jurunilai menilai kemampuan orang lain. Apa yang mereka lalui, sesuai dengan kemampuannya. Itu sudah bahagiannya. Sebab itu kadang, kita hairan ada orang yang boleh bertahan dalam sekian-sekian keadaan sedangkan kalau ikut sesetengah orang lain, dah lama dia pilih laluan 'exit'.

Pilihan masing-masing bukan. Kadang yang buat kita kuat ini pun kerana Allah yang permudahkan kita. kerana Dia tahu kita mampu. Setiap orang berbeza tahap kemampuan masing-masing.

Semua orang ada caranya sendiri dalam mengemudi hidup.

Dan kita? Tak perlu 'tegak' dengan prinsip kita sahaja yang kononnya paling betul, bahkan cuma perlu berlapang dada apabila prinsip kita bertentangan dengan prinsip orang lain.

Prinsip orang begitu, dia yang lalui pilihannya.

Prinsip kita begini, harungilah pilihan kita sendiri.

Biarlah kita dengan cara dan hidup masing-masing. Pengakhirannya kita semua bertanggungjawab sepenuhnya atas pilihan dan keputusan yang kita pilih.

Hadapi setiap apa yang berlaku dan kurangkan menilai orang melalui persepsi diri kita. Sedang kita diuji hari ini, Allah telah siapkan pengakhiran yang baik buat kita.

Atas setiap kesakitan ujian itu pasti Allah akan ganjarkan dengan kebaikan. Kalau pun bukan di dunia ini, di akhirat sana pasti ada.

Maka, hari ini kita kena terus percaya dan yakin. Bahawa setiap yang berat pada kita ini, ada manisnya di hujung nanti.

Hadapi sahaja setiap satunya, sampai nanti kita ditemukan dengan setiap hikmah yang telah disediakan satu demi satu.????

#unclebestfriedchicken #berusahadanberdoa #berniaga #bahagiaitusederhana


Follow Us

About Us

Uncle Best Mart Fried Chicken adalah sebuah syarikat yang telah didaftar dibawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (1021316-X) Taste It,You'll Luv It!

Our Album