Rezeki Jumaat

"REZEKI JUMAAT"
[SNZ: 23 Februari 2024]
Syukur Alhamdulillah

"KONTENA SEJUK BEKU
UNCLE DAH SAMPAI..!!!"
?????????

Alhamdulillah, KONTENA BAHARU uncle yang sampai pagi tadi, panjangnya 40kaki.

Semangat betul uncle pagi tadi apabila menunggu ketibaan kontena SEJUK BEKU ini setelah melalui beberapa fasa penantian.

Uncle menzahirkan sebesar-besarnya kesyukuran pada ALLAH SWT kerana segalanya dipermudahkan, dari urusan awal, pertengahan, proses penghantaran serta persiapan sebaik-baiknya di perkarangan belakang kilang uncle.

Oh ye, sebelum ini, kontena SEJUK BEKU yang dihantar ke tempat production uncle di Seksyen 7, Putra Kajang, BANGI, SELANGOR pula adalah kontena berukuran 20kaki panjang.

Alhamdulillah, untuk kontena di perkarangan belakang kilang uncle pula adalah lebih panjang (40kaki) untuk menampung permintaan pasaran ayam gunting Uncle Best Fried Chicken.

Syukur Alhamdulillah.
Uncle rasa sukacita, bersyukur dan happy sangat-sangat kerana semua urusan ini dipermudahkan oleh ALLAH SWT.
..

#SNZ
#ayamgunting
#unclebestfriedchicken
#yongtaufoounclelegend

Uncle Best Fried Chicken
"Taste it, you'll luv it!!!"
..

Tulus setulusnya;
Saiful Nizam Zakaria @ Nordin (SNZ)
Founder UNCLE BEST GROUP.